Banjir kilat di Setapak Jaya 1B
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Banjir kilat sangat ditakuti oleh kita kerana ia berlaku dengan pantas dan diluar jangkaan. Walaupun banjir sekejab tetapi kesannya sama seperti banjir biasa.
Semalam berlaku hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur dengan angin yang kencang. Bagi tempat-tempat yang rendah akan mengalami banjir kilat.
Di Setapak Jaya 1B turut mengalami masalah banjir kilat di kawasan parking perumahan. Hari bekerja, kami meletak kereta di sana selepas menghantar Auni di rumah mertua. Jika hujan lebat, memang risau kerana kawasan parking tersebut selalu akan banjir.
Pernah sekali dulu semasa Sop tinggal di sana terpaksa alihkan kereta pada jam 3.00 pagi ketika banjir kilat.
Banjir kilat ini akan teruk jika tahap air naik adalah tinggi sehingga masuk ke dalam kereta. Kejadian semalam tidak teruk sangat kerana belum sampai ke tahap kritikal yang boleh masuk ke dalam kereta.
Balik kerja semalam sempat juga untuk bermain air banjir. Huhuhu
EmoticonEmoticon