25 March 2013

Al Fatihah buat Dr Muhammad Uthman El Muhammady


Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Berita yang mengejutkan buat Sop iaitu terbaca blog tentang kematian Dr Muhammad Uthman El Muhammady petang tadi di kediamannya ISTAC. Sop sangat meminati beliau ketika mendengar khutbah Jumaat di ISTAC. Walaupun tidak selalu beliau bertugas menjadi imam Jumaat tetapi Sop sangat berharap beliau yang menjadi imam. Khutbah yang dibaca tanpa teks dengan kaitkan isu-isu semasa sangat menarik perhatian. Beliau akan menggunakan dwi bahasa untuk bacaan khutbah iaitu Bahasa Inggeris untuk khutbah pertama dan Bahasa Malaysia untuk khutbah kedua. Sop juga sangat meminati bacaan ayat-ayat Al Quran oleh beliau semasa solat.

Al Fatihah buat Dr Muhammad Uthman El Muhammady dan sama-sama kita doakan agar arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin

Maklumat Muhammad Uthman El Muhammady yang dipetik dari Wikipedia:


Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota BharuKelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943) adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.
Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.
Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam:
  • Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
  • Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
  • Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.
Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
  • “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
  • “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
  • “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
  • “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
  • “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
  • “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.


EmoticonEmoticon