Baby Auni meragam berada dalam kerusi bayi
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Baby car sit atau kerusi bayi penting untuk memastikan bayi berada dengan selamat ketika dalam kereta. Kerusi bayi ini kami gunakan ketika menghantar Baby Auni ke rumah mertua pada hari berkerja. Ini kerana Sop perlu naik motosikal untuk menghantar Azfar dan Azwar ke sekolah.
Pada sebelah pagi, Baby Auni tiada masalah untuk berada di dalam kerusi bayi kerana kebanyakkan Baby Auni akan tidur atau masih 'mamai' kerana baru bangun tidur.
Namun begitu pada sebelah petang ketika balik ke rumah, Baby Auni membuat perangai tidak mahu berada dalam kerusi bayi. Kadang kala sampai menangis teresak-esak untuk keluar dari kerusi bayi tersebut.
Kami terpaksa menggunakan kerusi bayi untuk keselamatan Baby Auni. Hendak bagi Azfar atau Azwar pegang Baby Auni memang tidak harap. Nanti lain pula jadinya :)
Masa kecil-kecil dulu tiada masalah Baby Auni berada dalam kerusi bayi tetapi sekarang memang tidak boleh. Semua permainan atau barang diberi tidak lagi berfungsi untuk memastikan Baby Auni tidak meragam. Apa yang Baby Auni hendak ialah keluar dari kerusi bayi tersebut dan boleh bebas. Mungkin rimas kerana kena ikat pada kerusi bayi tersebut.
Kadang Mrs Sop dilema juga apabila Baby Auni menangis sepanjang jalan hingga sampai ke rumah. Jika sudah menangis, hendak pujuk pun sudah tidak jalan kecuali keluarkan dari kerusi bayi dan pegang.
Ada cadangan untuk memastikan bayi berada diam dalam kerusi bayi?
EmoticonEmoticon