10,000 langkah sehari untuk kesihatan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Perbandingan dengan makanan anda |
Topik perbualan bersama rakan-rakan semalam iaitu 10,000 langkah sehari untuk kesihatan. Topik yang muncul apabila berborak mengenai kesihatan.
Kempen yang telah bermula sejak tahun 2011 (jika tidak salah) dan dianjurkan oleh banyak negeri. Malah masih ada banner mengenai kempen 10,000 langkah ini.
Antara isu penting dalam perbualan ini ialah mampukan kita untuk capai 10,000 langkah ini?
Untuk makluman, 10,000 langkah ini bersamaan dengan 6km kita berjalan sehari.
Untuk makluman, 10,000 langkah ini bersamaan dengan 6km kita berjalan sehari.
Kemudahan yang ada sekarang menjadikan kita malas untuk berjalan. Apabila jauh sedikit, mula hendak naik motosikal atau kereta. Rasanya tidak sanggup untuk berjalan jauh. Sebolehnya hanya ingin berjalan seminimal boleh. Contohnya jika cari parking, sebolehnya hendak cari depan pintu masuk!
Begitu juga dengan menggunakan tangga, jika ada liff, tingkat 1 pun naik liff!
Ini yang terjadi kepada Sop yang mana agak malas untuk berjalan. Sayang jika lemak terbakar! Huhuhu
KEBAIKAN BERJALAN 10 RIBU LANGKAH:
1. Mengamalkan gaya hidup yang aktif seperti jadual di bawah :
- Kurang 5 000 - Sedentari
- 5 000 - 7 499 - Kurang Aktif
- 7 500 - 9 999 - Sederhana Aktif
- 10 000 - 11 999 - Aktif
- 12 000 ke atas - Sangat Aktif
3. Berjalan dengan langkah 10 000 sama seperti :
- Berenang selama 90 minit
- Berbasikal selama 70 minit
- Berjalan 10 blok
- Bermain bola sepak selama 90 minit
4. Membantu mengawal dan mencegah osteoporosis.
5. Mengurangkan risiko penyakit kronik.
6. Mengurangkan risiko kanser kolon, payudara dan prostat.
7. Mengurangkan masalah perut buncit.
8. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
9. Sesuai untuk semua golongan umur dan individu.
10. Boleh dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.
EmoticonEmoticon