Restoran Sweet Bowl Wangsa Walk
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah makan di Restoran Sweet Bowl?
Restoran Sweet Bowl yang Sop singgah ini adalah terletak di Wangsa Walk. Sebelum ini tidak pernah lagi jumpa di tempat lain. Ada ker?
Restoran Sweet Bowl adalah berkongsepkan kopitiam. Sop kadang-kadang sahaja singgah makan di sini kerana menu di Restoran Sweet Bowl lebih sesuai untuk makan petang atau bersarapan. Jika dilihat kepada review restoran sebelum-sebelum ini, Sop banyak makan di restoran mamak atau nasi kandar :) Geng teh tarik katakan.. hehehe
Apabila kongsep kopitiam, menu yang disediakan lebih kurang sama dengan kopitiam lain. Untuk minum petang kali ini, kami memilik untuk makan nasi lemak, mee udang dan roti bakar.
Terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda pesan di Restoran Sweet Bowl. Jika ingin tahu menu apa, kenalah anda datang sendiri ke Restoran Sweet Bowl ini :) Rasa makanan di Restoran Sweet Bowl adalah berbaloi untuk dipesan :)
EmoticonEmoticon