Baby Auni boleh berjalan dengan berpegang
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Masih belajar berjalan :) |
Update ringkas tentang perkembangan Baby Auni yang telah lebih 8 bulan.
Baby Auni masih belum boleh berjalan sepenuhnya tanpa berpegang. Baby Auni masih belum yakin apabila berjalan dengan berpegang kepada sesuatu seperti katil, meja, dinding dan sebagainya.
Baby Auni juga telah berani untuk lepaskan tangan apabila berdiri tetapi tidak berani untuk melangkah. Beberapa kali juga Sop cuba bawa berjalan dengan pegang tangan sebelah sahaja tetapi apabila dilepaskan tangan terus duduk. Hehehe
Hari ini juga dapat kesan yang gigi bawah Baby Auni sedang tumbuh. Apabila dipegang, dapat rasa tajam gigi tersebut. Patutlah demam baru-baru ini, hendak tumbuh gigi rupanya.
Lepas ini, bolehlah Baby Auni senyum tayang gigi bukan? Hehehe
Sekian update ringkas tentang Baby Auni. Terima kasih kerana singgah dan baca entry ini :)
EmoticonEmoticon