Dataran Ayer Keroh, Melaka
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Ayer Keroh bukan dikenali dengan tol keluar ke Melaka sahaja tetapi mempunyai banyak tempat menarik yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Mini Asean dan terbaru Melaka Waterworld.
Hotel-hotel juga banyak di Ayer Keroh ini dan kali ini Sop menginap di D'Village Ayer Keroh Resort. Berhampiran hotel, terdapat dataran yang dibangunkan megah kelihatan. Jika melalui jalan Ayer Keroh tersebut pasti akan dapat melihat dengan jelas.
Sop yang tertarik dengan struktur tersebut singgah untuk mengambil gambar untuk dikongsikan. Zaasss! Hehehe
EmoticonEmoticon