10 November 2012

Buanglah sampah pada tempatnya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mungkin notis yang dilekatkan ini disebabkan perasaan marah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab?
Itu pendapat Sop apabila membaca notis yang ditampal depan tong sampah ini.

Kadangkala pelik juga masyarakat kita, tong sampah ada depan mata pun masih tidak mahu buka dan masukkan dalam tong sampah. Kesedaran sivik tentang kebersihan masih kurang dalam masyarakat negara kita. Kalau boleh semua hendak senang pakai buang sahaja. Bila kotor dan tidak selesa, kita juga yang bersungut bukan?

Notis ini Sop rakam di kedai area Taman Melawati. Jelas dan tepat! Rasanya semua faham mesej yang hendak disampaikan.


EmoticonEmoticon