15 November 2012

Baby Auni telah 7 bulan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Udapte ringkas perkembangan Baby Auni yang kini telah berusia 7 bulan. Cepat masa berlalu bukan? Macam baru sahaja sambut kelahiran Baby Auni di Hospital Kuala Lumpur.

Rambut Baby Auni semakin panjang setelah dibotakkan dahulu selepas majlis Cukur Jambul. Tak sabar hendak tengok rambut Baby Auni panjang :)

Perkembangan merangkak telah lancar dan berlatih untuk berdiri pula. Pantang ada tempat berpegang, Baby Auni akan berdiri. Ibubapa pula yang risau. Hehehehe Letak dalam babywalker memang lancar meronda satu rumah :)

Pertuturan masih bercakap bahasa bayi. Baby Auni tidak bercakap banyak, macam Sop juga. Banyak aktiviti tapi mulut diam. Hehehe

Semoga Baby Auni terus membesar dengan sihat. Amin


EmoticonEmoticon