Pengalaman pertama Azfar dan Azwar Solat Raya
Selamat sejahtera dan Salam Aidiladha kepada semua rakan.
Pengalaman pertama harus dirakam sebagai memori kenangan. Ini adalah pengalaman pertama Azfar dan Azwar ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. Sebelum ini pernah Sop bawa untuk solat Jumaat tetapi berbeza dengan solat sunat Hari Raya. Semasa Raya Aidilfitri tahun ini, Sop cuba juga untuk bawa Azfar dan Azwar untuk ke masjid tetapi tidak berjaya kerana kelewatan mereka untuk bersiap. Maklum sahaja pagi-pagi hendak bersiap dengan pakai baju Malayu dan sebagainya akhirnya Sop tinggal sahaja.
Kali ini mereka berjaya bersiap awal dan sempat untuk ke masjid untuk solat Sunat Aidiladha bersama Sop. Pengalaman yang mungkin mereka masih tidak mengerti tetapi langkah yang baik untuk mendidik anak-anak.
Sop masih ingat semasa kecil dulu akan selalu ke masjid. Bukan sahaja untuk solat sunat Hari Raya tetapi solat lain-lain juga. Ibubapa Sop akan sentiasa membawa Sop ke masjid. Didikan tersebut sedikit sebanyak memberi didikan kepada Sop untuk rajin ke masjid.
Alhamdulillah, semasa solat Sunat Aidiladha Azfar dan Azwar boleh mengikut solat dibarisan belakang bersama kanak-kanak lain. Cuma semasa bacaan kutbah, kelihatan mereka bosan. Untuk mengelak dari lebih bosan, Sop bagi handphone untuk mereka bermain. Hehehe
Galeri gambar:
Bergambar dalam masjid... bahan bukti.. hehehe |
Sempat melihat lembu untuk korban nanti |
Bergambar depan masjid |
Peace - tradmark jika bergambar,, hehehe |
Segak tak? hehhe |
Lepas ini boleh selalu ikut papa ke masjid yer :) |
Alahai.. Comelnye hero-hero ni :)
ReplyDeleteKecik2 ni la nk lentur kn abg sop. Kang kalau dh jadi rebung susah plk nk bentuk..
Terbalik peribasa baby. Hehehe
DeleteDr rebung kita bentuk, jd buluh dah keras. Heheh
Thx baby