Baby Auni boleh duduk dalam troli
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Mendukung Baby Auni untuk setengah jam adalah tiada masalah tetapi lebih dari itu pasti tangan akan menjadi lenguh. Oleh itu, stroler adalah diperlukan. Jika sekejab, malas pula hendak menbawa stroler. Di pasar raya, ada troli mempunyai tempat untuk meletak anak-anak tetapi tidak boleh untuk bayi.
Dengan meletak sekejab Baby Auni ke dalam troli, bolehlah rehatkan tangan dari mendukung Baby Auni yang berat 8 kilo tersebut :)
Buat masa ini, hanya letak sekejab-sekejab sahaja. Baby Auni belum boleh duduk sepenuhnya. Belum stable! Tulang belakang belum kuat! Jadi Sop hanya letak dengan sokongan sepenuhnya.
Bila lepas dari pengangan Sop, bolehlah stable sekejab lepas itu akan senget! Ada sahaja Baby Auni hendak pegang!
Pengalaman pertama Baby Auni boleh duduk, haruslah dirakam bukan? Heheheh
EmoticonEmoticon