Pengalaman membuat Advertorial Post
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.
Gambar hiasan |
Baru-baru ini, Sop mendapat tawaran untuk membuat advertorial ini peluang jangan dilepaskan. Bukan mudah untuk mendapat tawaran sebegini bukan?
Pengalaman membuat advertorial ini memberi sedikit sebanyak kepada Sop untuk menjadi lebih matang kepada Sop dalam dunia blogger. Terdapat beberapa jenis advertorial yang ditawarkan kepada blogger. Ada yang memerlukan menghantar draf untuk kelulusan client, ada yang perlu menghadiri acara tertentu , ada yang memerlukan membuat entry secara berperingkat, ada yang perlu membuat sharing laman sosial dan sebagainya.
Untuk mendapat advertorial ini, syarat utama sesebuah blog ialah trafik. Kebiasaan trafik minum yang diperlukan oleh sesebuah blog ialah 500UV sehari. Malah ada yang menawarkan bayaran mengikut trafik sesebuah blog. Lagi tinggi trafik, lagi mahal bayaran advertorial post.
Untuk mendapat advertorial ini, bergantung kepada nasib kerana pengiklan biasanya akan terus menghubungi blogger. Sop pernah juga melihat ada rakan blogger yang membuat tawaran terus ke facebook dan sebagainya. Sekiranya mendapat tawaran ini, pastikan anda memberi perhatian sepenuhnya kerana prestasi perlu dijaga untuk jangka masa panjang. Ada yang memerlukan membuat tugasan dalam masa yang singkat dan mencabar.
Selain itu, adalah penting semasa sertai acara blogger kita mencari ramai kawan. Bukan sahaja dikalangan yang kita kenal tetapi blogger lain. Kebiasaan pengiklan akan mencari blogger yang berpotensi semasa acara-acara blogger.
Bayaran untuk advertorial juga lumayan kerana kebiasaan setiap entry akan dibayar antara RM200 - RM500. Bayaran akan diterima dalam masa 1 bulan hingga 2 bulan bergantung kepada pengiklan.
Jika dulu, hanya Nuffnang sahaja yang mempunyai pengiklanan advertorial ini tetapi sekarang tidak lagi kerana syarikat pengiklanan berkaitan dengan blogging telah banyak yang muncul.
Harap-harap Sop boleh terus tingkatkan prestasi blogging dan boleh mendapat lebih banyak advertorial post lagi :)
EmoticonEmoticon