07 September 2012

Baby Auni sudah botak!

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Baby Auni botak? Biar betul!

Iyer, betul Baby Auni telah dibotakkan minggu lepas di kedai gunting. Sebelum ini ada entry berkaitan Majlis Cukur Rambut yang telah diadakan di Kuala Terengganu.

Setelah balik ke Kuala Lumpur, baru operasi membotakkan kepala Baby Auni dibuat. Kami singgah ke kedai gunting dan membotakkan kepala dengan mesin menggunakan aras satu. Memang botak giler! Heheheh

Sejak lahir, ini baru kali pertama Baby Auni dibotakkan. Sebelum ini sayang hendak dipotong kerana hendak tunggu Raya dahulu. Memang niat hendak buang rambut asal dari lahir tersebut. Dengan rambut panjang juga,

Selepas dibotakkan, lagi bulat kelihatan Baby Auni. Kalau ikut, tidak sesuai Baby Auni kepala botak! Maklum sahaja baby girl, mesti sesuai dengan rambut panjang kan?

Tujuan membotakkan kepala Baby Auni ialah untuk membuang rambut asal. Lagipun selepas Majlis Cukur Rambut lepas, rambut Baby Auni tidak rata lagi :)

Harap rambut Baby Auni cepat panjang kembali dan lebih cantik :)

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Baby Auni botak
Sekian bulat muka Baby Auni
Baby Auni botak
Masih comel bukan?


EmoticonEmoticon