Baby Auni pakai tudung berbunga
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)
Anak perempuan pertama pasti ibubapa gairah untuk mengenakan pakaian cantik dan sesuai dengan jantina. Lagi-lagi sebelum ini, anak semua adalah lelaki. Masa anak pertama pun, tidak kira lelaki atau perempuan pasti akan cuba mendapatkan pakaian yang comel dan cantik. Bezanya anak perempuan, lebih banyak pakaian yang cantik-cantik dan aksesori yang pelbagai. Ini adalah pengalaman Sop dan anda pula bagaimana?
Penutup kepala kebiasaan akan dipakaikan kepada bayi untuk melindungi kepala bayi. Sebelum ini, banyak penutup kepala yang biasa-biasa. Baru-baru ini, Mrs Sop terjumpa pula penutup kepala untuk bayi perempuan. Bila untuk bayi perempuan, mesti berkongsep warna pink dan bunga-bunga bukan? Mrs Sop apa lagi, terus mendapatkan satu untuk Baby Auni :)
Tudung kepala ini telah dibeli di kedai barangan bayi Festival City Mall, Danau Kota. Agak-agak, siapa yang lebih teruja? Ibubapa atau Baby Auni? Hehehehe
Jom usha gambar:
EmoticonEmoticon