Baby Auni belajar merangkak?
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Baby Auni sudah pandai merangkak?
Baby Auni baru 5 bulan, pasti belum pandai merangkak, malah menyelunsur pun belum lagi pandai. Tetapi Baby Auni mula belajar dengan telah boleh meluruskan tangan dan berada di kedudukan merangkak. Cuma Baby Auni tidak tahu untuk bergerak sahaja. Setakat ini hanya bergerak ke belakang. Pakai gear reverse pulak dia :)
Sejak beberapa hari dapat mengangkat badan ini, asyik itu yang Baby Auni buat. Daripada hanya boleh angkat dada, sekarang sudah boleh mengangkat badan.
Baby Auni sangat aktif! Agak risau juga kami kerana tidak tahu bagaimana agaknya nanti sudah boleh merangkak. Sebelum ini, Azfar dan Azwar sudah aktif dan tidak mustahil Baby Auni juga aktif. Papa dan mama dia juga aktif masa kecil agaknya. Hehehehe
Tidak sabar hendak melihat Baby Auni boleh merangkak :)
EmoticonEmoticon