06 August 2012

Uji kemahiran anda parking kereta

Selamat sejahtera kepada semua rakan.  Moga ceria selalu :)

Biasa ke Mines Shopping Complex Seri Kembangan?

Jika biasa, pasti tahu ada parking selalu hijau lampu di atas parking. Oh ya, sistem parking mereka menggunakan sensor yang mana lampu di atas parking akan merah jika ada kereta dan hijau jika kosong. Sama seperti sistem parking di Sunway Piramid.

Kenapa selalu hijau/kosong?
Adalah jarang pemandu hendak parking di situ kerana saiz parking yang muat-muat kereta sahaja. Jika kereta besar confirm x boleh. Oleh sebab itu selalu kosong.

Mulanya Sop sudah jumpa parking tersebut di atas-atas tetapi tidak yakin muat atau tidak. Setelah berpusing-pusing mencari parking tetapi tiada maka terpaksa keluarkan skill memandu tahap Pro pencen Hehehe.

Menumpang belah kiri perlu keluar dahulu kerana tidak boleh buka pintu setelah parking. Semasa masuk parking, side mirror pun perlu tutup sebab tidak muat :)

Pastikan berhati-hati semasa parking kerana jika tidak pasti bergores pula kereta nanti ') Hehehe

Ada juga paking cam nih? Untuk kereta kancil sahaja kot?

Parking kereta
Ada berani?


EmoticonEmoticon