28 August 2012

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Setiawangsa

Salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Ingin ke rumah terbuka?
Di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa hati ini ada diadakan rumah terbuka oleh Parlimen Setiawangsa. Siapa ahli parlimen tersebut? Siapa tahu angkat tangan. Hehehehe

Sop yang kebetulan mengambil Mrs Sop di stesyen monorail Titiwangsa terus sahaja singgah ke rumah terbuka Aidilfitri ini.

Ia bermula dari jam 6 petang hingga ke 10 malam. Bagi yang hendak datang sekarang masih kesempatan. Banyak makanan yang disediakan kepada pengunjung. Ada lebih 20 gerai makanan di rumah terbuka ini yang terdiri dari pelbagai menu seperti nasi ayam, nasi kandar, mee rebus, satey, dan sebagainya.

Kelihatan pelbagai kaum mengunjungi rumah terbuka ini. Majlis juga dihiburkan dengan kumpulan kugiran yang menyampaikan lagu-lagu hari raya.

Apa tunggu lagi, jom datang sekarang.





EmoticonEmoticon