Lampu kelip-kelip penghias malam bulan puasa
Lampu kelip-kelip |
Apabila bulan puasa, pasti entry banyak berkaitan dengan aktivit atau perkara bulan puasa bukan? Jadi, janganlah jemu membaca entry. Sana-sini blogger Islam akan menulis mengenai puasa dan paling banyak mengenai makanan. Jika terbaca masa siang hari, terasa lapar terus melihat gambar-gambar makanan yang dikongsi! Hehehehe
Selain menu dan juadah berbuka, banyak lagi perkara lain yang berkaitan dengan bulan puasa seperti bunga api, bazaar Ramadhan, baju raya, kuih raya dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan lampu kelip-kelip? Sudah pasang?
Bagaikan satu kemestian pasang lampu kelip-kelip ini di rumah. Ia memberi suasana kemeriahan bulan Ramadhan dan menyambut raya nanti.
Tradisi memasang lampu kelip-kelip dalam keluarga Sop rasanya dari kecil lagi telah ada. Ayah Sop akan menggantung lampu di depan rumah dan akan mula memasangnya sampai habis terawih. Kebiasaan selepas 15 hari berpuasa, suasana akan lebih meriah kerana lebih ramai akan memasang lampu kelip-kelip ini. Suasana yang cukup ceria bukan?
Pelita tin susu |
Lampu kelip-kelip menjadi pengganti keceriaan kepada pelita sehingga ada lampu-lampu yang dibuat berbentuk pelita.
Lampu kelip-kelip rumah mertua |
Untuk tahun ini, Sop belum lagi beli lampu kelip-kelip untuk dipasang di rumah. Tiada plug yang boleh sambungkan lampu di balkoni rumah. Susah juga hendak buat nih! Namun begitu, rumah mertua Sop telah mula pasang, jeles-jeles. Hehehehe
Anda sudah pasang lampu kelip-kelip belum?
EmoticonEmoticon