11 August 2012

Kasut Raya Angry Bird 2012

Selamat sejahtera dan Salam Ramadhan.

"Sudah beli kasut raya kawan-kawan? Kalau belum, jom beli kasut Angry Bird!"
Ayat di atas Azfar dan Azwar boleh lah guna kan? Kalau Sop yang ajak kengkawan, ada yang hendak pakai kasut Angry Bird? Hahahaha

Pengaruh Angry Bird belum lagi tamat dan masih boleh bertahan walaupun game sudah kurang popular :)

Sop suka belikan anak-anak dengan kasut seperti crocs yang menggunakan platik getah ringan dan tahan tersebut. Pada mulanya Sop ke Mines Shopping Complex Seri Kembangan untuk ke Crocs Outlet. Dulu pernah ke situ untuk membeli kasut Crocs. Crocs Outlet menyediakan kasut separuh harga!

Namun pada tahun ini, kelihatan tiada kasut rejek! Semua kasut yang dijual dengan harga sama seperti kedai biasa. Hanya yang tinggal kasut Crocs berwarna pink! Aduih... Anak semua hero! Tak ada bajet pula hendak beli kasut Crocs Original yang satu RM169.00 sepasang!

Akhirnya Sop ke Jaya Jusco Setiawangsa untuk cari kasut lain. Last-last terjumpa dengan longgokan kasut Angry Bird. Meriah sungguh kasut-kasut dengan logo Angry Bird di situ. Kartun lain ada juga tetapi tarikkan Angry Bird lagi kuat! Heheheh

Apa kasut raya anda tahun ini? {Azfar dan Azwar}

Kasut Angry Bird
Macam jenis ada

Kasut Angry Bird
Kasut Azwar berwarna coklat

Kasut Angry Bird
Kasut Azwar

Kasut Angry Bird
Terbaek!!


EmoticonEmoticon