10 August 2012

Iklan Raya Petronas 2012 kurang best?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Sudah buat persiapan raya?

Iklan raya setiap tahun pasti menjadi perhatian rakyat Malaysia kerana iklan yang unik, menarik dan memberi penuh makna. Setiap kali iklan dimainkan di TV pasti penonton akan tersentuh dengan iklan raya tersebut. Mesej yang biasanya disampaikan cukup mendalam dan memberi kesan!

Bagaimana iklan raya Petronas tahun ini?
Sudahkan anda menonton?
Jika belum, jom tonton dulu di bawah:


Iklan Raya yang cukup berbeza tetapi memberi kesan yang cukup besar. Mesej yang disampaikan pasti akan dirasai oleh penonton.

Jika sebelum-sebelum ini hanya kisah raya di sekitar negara kita tetapi kali ini melibatkan negara luar. Pengalaman berada di negara lain yang pasti dirasai oleh perantau tetapi tidak semua boleh merasainya. Mungkin pengalaman yang dikongsi memberi seribu makna kepada semua penonton.

Bagi yang tidak pernah menjadi perantau, mungkin tidak merasai kenikmatan beraya bersama keluarga. Bagi yang tidak pernah kejauhan dari negara pasti tidak rasa bertapa bertuahnya negara sendiri seperti kata pepatah "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri"

Walaupun panjang video tersebut tetapi seronok untuk menonton hingga habis :)


EmoticonEmoticon