03 August 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Ramadhan dan semoga ceria-ceria selalu.

Sudah tahu tentang Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com? Jika berminat untuk sertai peraduan yang menawarkan banyak hadiah kepada peserta, sila lawat link entry Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com. Ini kerana entry ini adalah untuk penyertaan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com. Doakan semoga Sop berjaya yer! :)

Cerita ini bukan mengenai Sop tetapi anak Sop yang mana pertama kali mencuba berpuasa. Azfar tahun ini berusia 6 tahun dan bersekolah di Pra Sekolah. Tinggi harapan ibubapa untuk mendidik anak-anak belajar puasa. Macam Sop sendiri di zaman sekolah rendah telah belajar berpuasa walaupun ada penuh ada setengah hari. Bak kata pepatah, "meluntur buluh biar dari rebungnya". :)

Azfar masa pertama kali sahur

Pada pagi tersebut, Azfar telah dikejutkan untuk bersahur. Azfar tiada masalah untuk bangun bersahur. Duduk di meja makan, mata masih pejam. Diberikan roti, pegang tetapi diam. Tidak bergerak-gerak roti tersebut. Mata terpejam [sunyi...]

"Azfar! Makan sahur"
Baru terbuka mata dan menyuapkan roti ke mulut. Kesian pun ada apabila dipaksa bersahur. Kuatkan semangat untuk mendidik anak-anak.
"Azfar! Minum air"
Nampak sangat tidak berselera untuk bersahur. Apa hendak heran, kita sendiri pada awal-awal sahur tidak lalu untuk makan. Malah, berapa ramai yang tidak bangun sahur sebab mengantuk! [Heheheh]
Sop mahu Azfar makan untuk pastikan berpuasa esok tidak lapar atau penat.

Azwar adik kepada Azfar memang Sop tidak kejutkan langsung kerana tahu mesti tidak boleh berpuasa. Azwar baru berusia 5 tahun dan terlalu awal sangat untuk diberi pendedahan berbanding Azfar.

Pada sebelah pagi, prestasi Azfar sangat membanggakan. Dia tidak minta susu, makan atau sebagainyan kerana Azfar tahu dia sedang berpuasa. "Berpuasa itu tak boleh ma
kan dan minum" Kata Azfar.

Bagus, Azfar faham erti puasa secara asasnya :)
Nampaknya Azfar akan berjaya puasa hari ini kerana tiada tanda dia hendak makan atau minum langsung.

Muka orang berpuasa  :)

Untuk mengelakkan Azfar letih dan dahaga berpuasa, kami banyak minta Azfar rehat sahaja. Untuk bantuan apa-apa, Sop panggil Azwar kerana Azwar tidak puasa. Bila Azwar tanya kepada tidak suruh Abang, kami maklumkan yang Abang puasa. Last-last bila panggil minta bantuan dengan Azfar dia menjawab "Abang puasa!" Amboi, susuh angkat bantal pun guna alasan puasa? Huhuhuhu

Jam 8.00 pagi - Tiada tanda-tanda lapar
Jam 9.00 pagi - Tiada tanda-tanda lapar
Jam 10.00 pagi - Tidak minta apa-apa
Jam 11.00 pagi - Masih kusyuk menonton

Pada jam 11.30 pagi, Azwar telah membuka peti ais. Bawa botol air dan duduk disebelah Azfar.
"Azwar, pergi minum di dapur, Abang puasa!"
Tanpa menghiraukan arahan Sop, Azwar terus meneguk air di tepi Azfar. Azfar terpaku!

Azwar minum tak hingat punya!

"Papa, hendak air!' Adus terkatoi sudah!
"Abang tak boleh, Abang puasa" Azwar terus minum air hingga habis! Azfar pun apa lagi, "Nak air tu!" sambil menangis.

Oleh kerana kesilapan kecil sahaja, proses puasa Azfar habis. Sop bajet boleh bertahan hingga jam 1 atau jam 2 tetapi sangkaan Sop silap. Oleh kerana Azwar yang minum di depan Azfar sahaja telah membunuh semangat berpuasa Azfar.

Apa lagi, Sop suruhlah Azfar minum dan makan dan terus makan lagi. Lapo tau berpuasa :)

Mungkin misi Sop gagal mengajar Azfar berpuasa tetapi Sop mendapat maklumat dan pengajaran dari perkara tersebut :) Azfar bila baca entry ini masa besar, tahulah pengalaman dia mula-mula belajar puasa yer! Hehehehe

Bagaimana pengalaman anda mula-mula puasa dulu? Masih ingat?


-----------------------------------------------------------------------
Entry ini adalah untuk penyertaan peraduan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com yang ditaja oleh shakiddo.com dan hazmanfadzil.com. Hadiah keseluruhan peraduan berjumlah RM200. Berminat? Sila lawat sini untuk info.


EmoticonEmoticon