18 August 2012

Baju Raya ditaja oleh Mrs Sop

Selamat sejahtera dan Salam Syawal kepada semua rakan. Sudah bersedia untuk Raya?

Pejam celik, pejam celik sudah sebulan kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu! Moga ibadah puasa kita diterima olehNya.

Entry ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mrs Sop yang telah menaja baju Raya Sop. Selepas beli tadi, Sop terlupa hendak mengucap terima kasih [Padahal boleh jer ucap sekarang, bukan?] Hehehehe

baju Raya Sop
T-Shirt jer baju Raya Sop

Tak per, nampak sikit jiwa blogger! Semua perkara diterjemahkan dalam blog [aduhai.. macam-macam!]

Sebenarnya Sop tidak beli pun baju Raya tahun ini. Kalau ikut, masih banyak baju-baju T-Shirt yang masih elok dan boleh dibuat beraya. Sop malas hendak membazir beli baju baru. Baru-baru ini, Sop hanya beli baju anak-anak dan baju ibubapa. Baju sendiri? Tak beli pun. Baju Melayu pula dapat semasa program pejabat baru-baru ini :)

Malam tadi semasa ke Jusco, Mrs Sop menawarkan diri untuk belanja baju Raya. "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita ambik jer!" Hehehe Sop pilih 2 baju T-Shirt untuk dibuat beraya.

Kalau kecil-kecil dulu mestilah teruja hendak beli baju raya bukan? Sekarang seronok tengok anak-anak pula teruja hendak pakai baju raya. Bagi ibubapa, kegembiraan anak-anak adalah kegembiraan kita juga :)

Malam tadi, Jusco masih dipenuhi dengan pengunjung yang masih membeli baju raya. Mungkin menantikan jualan akhir atau memang suka last minute shopping? Kalau shopping awal-awal feel masih kurang berbanding sekarang, mood raya sudah kemuncak! Sebab itu kot ramai suka berbelanja akhir-akhir [Hehehe, pandai-pandai jer buat andaian]

Bagaimana anda pula? berapa pasang beli baju Raya? 
Ada rakan sudah tunjuk baju raya kat entry blog. Tak caya, jom lihat di sini. Memang cantik!

1 comment:

  1. Hari Raya dah dekat utk tahun ni. Tentu dah banyak orang juga mula utk beli baju raya.
    Baju spot

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon