15 July 2012

Bekalan air dicatu - Selangor, KL dan Putrajaya


Jangan lah dicatu air, susah kami hendak melalui kehidupan harian. Itu pendapat Sop :)
Jika dibandingkan elektrik dengan air, mana yang lebih penting?
Tanpa elektrik, kita masih boleh teruskan kehidupan seharian tetapi jika tiada air? Amat sukar berbanding tiada elektrik. Apa tanggungjawab pengguna dalam melalui krisis ini?

Jumlah penggunaan air bertambah setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Kita boleh mengurangkan jumlah penggunaan air dengan berjimat. Semasa mewah dengan air, langsung kita tidak kisah dengan pembaziran. Tetapi semasa tiada bekalan air, secara automatik kita berjimat-cermat. Apa kata kita teruskan dengan amalan jimat cermat penggunaan air dalam kehidupan seharian? Paling mudah yang boleh dilalukan ialah melalui aktiviti dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah berita tentang pencatuan air yang dipetik dari Kosmo Online:

Sumber: Kosmo
KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.

Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.

Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.

"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.

"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,'' katanya.


EmoticonEmoticon