20 June 2012

Mesej akaun Twitter diserang SPAMMING

Mesej yang sama ini sering diterima oleh user pelbagai

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga ceria-ceria selalu :)

SPAM sangat menjelekkan! Pelbagai cara mereka gunakan untuk menghantar SPAM. Tidak pernah reti putus asa pulak tu? Biasanya teknik SPAMMING dorang sangat canggih, hanya hantar 1 mesej tapi yang dapatnya ramai!

Akhir-akhir ini Sop menerima banyak mesej SPAM diakaun Twitter. Mulanya terkena juga apabila mendapat mesej tersebut. Kemudian bertalu-talu diterima tentang perkara yang lebih kurang sama. Akaun yang digunakan seperti nama rakan dan nama tempatan.

Sungguh berani mereka membuat SPAM pada mesej Twitter Sop. Rasa seperti hendak sumpah mereka jadi Galaxy S3 sahaja. Maklum sahaja, Sop sangat tergila-gilakan Samsung Galaxy S3 tetapi bayangkan jika orang menjadi Galaxy S3, pasti besar giler telefon tersebut! Tak sesuai bukan? [merepek!]

Agak-agaknya, apa tujuan mereka membuat SPAMMING ini?
Mesti ada untung kan? Hehehe

Terima kasih kerana membaca entry luahan rasa ini :)


EmoticonEmoticon