Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga gembira dan ceria selalu!
"Bilik tidur adalah kawasan utama di rumah pada masa ini. Bagaimana anda memulakan sesuatu hari itu bergantung kepada bagaimana anda berehat pada malam sebelumnya. Rehat yang baik dan tidak terganggu di waktu malam adalah sama pentingnya dengan bangun tidur di dalam bilik tidur yang cantik dan teratur."
Sop berkesempatan menyertai sesi media di gedung IKEA yang bertujuan mendidik orang ramai tentang permasalahan tidur dan kepentingan mempunyai persekitaran bilik tidur yang kondusif. Perbentangan telah dilakukan oleh 3 orang yang berpengalaman dalam bidang ini iaitu Dr Raymond Tan, Dr Michael Chan dan Gordan Wimalasiri.
|
Dr. Raymond Tan |
Pada sesi itu, Dr. Raymond Tan, pakar bedah perunding bagi Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) serta pakar dengkuran dan apnea tidur telah memberi pengetahuan kepada peserta tentang cara-cara mengenal pasti permasalahan tidur, kesannya serta rawatan yang betul. Dr Tan merupakan ahli aktif Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia dan Kumpulan Sokongan OSA Malaysia. Bagi yang ada masalah tidur, boleh sertai persatuan tersebut :)
|
Dr. Michael Chan |
Dr. Michael Chan satu-satunya pengamal Gonstead di Malaysia dan diiktiraf sebagai seorang pakar utama di rantau ini dalam bidang penjagaan dan kesejahteraan kiropraktik turut berkongsi dengan peserta sesi itu tentang postur dan kedudukan tidur yang betul dan senaman-senaman di katil yang dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang baik di waktu malam.
|
Gordan Wimalasiri |
Gordan Wimalasiri pula dari IKEA yang berpengalaman dalam kelengkapan bilik tidur menjelaskan tentang rangkaian peralatan tidur dan katil terbaru yang dapat membantu menangani permasalahan tidur dan menyediakan persekitaran bilik tidur yang ideal. IKEA menawarkan rangkaian pilihan yang pelbagai untuk tilam, katil, bantal dan cadar untuk kesesuaian dengan setiap gaya hidup dan bajet pengguna.
|
Carta pilihan jenis tilam |
Dalam sesi tersebut, baru Sop tahu bagaimana hendak memilih jenis tilam yang sesuai dengan diri sendiri. Terdapat carta tinggi dan berat yang digunakan untuk memilih jenis tilam paling sesuai dengan anda sama ada lembut, sederhana atau keras. Rangkaian tilam SULTAN menyediakan pilihan jenis getah, berbusa atau spring dalam pelbagai tahap kepadatan. Malah, ia mencakupi 3 jenis tidur anda iaitu mengiring, terlentang atau meniarap. Ia sangat membantu untuk menyokong tulang belakang serta keselesaan semasa tidur. Sampai begitu sekali IKEA buat kajian untuk menjamin mendapat tidur yang terbaik! Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Tilam IKEA, sila layari
www.IKEA.com.my/mattresses.
|
Penerangan tentang pemilihan tilam dan bantal |
|
Jaminan 25 tahun dan percubaan 100 hari oleh IKEA |
|
Jenis tilam SULTAN yang ditawarkan |
Peserta telah diberi penerangan lanjut tentang jenis tilam yang ditawarkan dan berpeluang mencuba merasai tilam yang sesuai dengan diri sendiri. Sop tertarik dengan tawaran tilam SULTAN iaitu
jaminan 25 tahun! Tilam biasa kebiasaannya hanya mampu memberi jaminan maksimum 10 tahun sahaja. Dan juga polisi
pulangan 100 hari jika tidak berpuas hati, pelanggan boleh menukar dengan jenis tilam lain! IKEA juga menyediakan perkhidmatan membuang tilam lama secara percuma apabila mereka menghantar tilam SULTAN ke rumah anda. Menarik bukan?
Hasil penerangan oleh ketiga-tiga perbentang tersebut, baru Sop sedar kepentingan tidur dalam kehidupan. Mungkin selama ini, kita hanya menganggap tidur sebagai melepaskan mata yang mengantuk atau lebih. Tetapi tidur sebenarnya memberi fungsi kesihatan keseluruh kehidupan jangka masa panjang atau pendek. Pastikan kita mendapat tidur yang baik untuk kesihatan!
Mulai hari ini, bolehlah merancang untuk melengkapkan bilik tidur dengan kemudahan yang lebih selesa untuk menjamin mendapat tidur yang sempurna. Kurang idea? Bolehlah lawat ruang pameran IKEA untuk mendapatkan idea hiasan, susunan dan keperluan lain di bilik tidur atau layari
www.IKEA.com.my/PAXplanner.
Jom cuci mata:
EmoticonEmoticon