IKEA menarik balik Trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan 114
Trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan 114, kerana risiko terkena kejutan elektrik
contoh trek yang digunakan |
Lakaran trek |
IKEA meminta para pelanggan yang memiliki trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan/atau 114 dari pembekal 21338, bertarikh 1134 – 1208, agar berhenti menggunakan trek tersebut serta merta dan hubungi kaunter Penukaran & Pemulangan atau Perkhidmatan Pelanggan untuk menerima unit baru sebagai ganti atau pemulangan wang sepenuhnya.
Penting!Penarikbalikkan ini dilakukan akibat dari sambungan bumi yang rosak yang boleh menyebabkan risiko kejutan elektrik jika terkena trek atau lampu yang disambungkan kepadanya.
Untuk keselamatan anda padamkan sambungan kuasa serta merta dan dilarang menggunakan trek.
IKEA belum menerima sebarang laporan tentang kejadikan yang melibatkan trek SÄNDA.
Trek yang terlibat dijual di antara bulan September 2011 dan Mac 2012. Hanya trek IKEA 365+ SÄNDA L70sm dan L114sm daripada pembekal 21338, bertarikh 1134 – 1208 terlibat dalam penarikbalikkan ini.
Pelanggan yang memiliki trek 365+ SÄNDA diminta menghubungi kaunter Penukaran & Pemulangan di no telefon 603-7726 7777 untuk menerima arahan tentang cara mendapatkan unit yang baru atau pemulangan wang sepenuhnya.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
EmoticonEmoticon