15 March 2012

Tak Nak: Rumusan minggu kedua

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Program Tak Nak masih diteruskan oleh Sop. Progres?
Masih kekal seperti minggu sebelum ini. Namun pada Isnin hingga Rabu, terdapat urusan kerja di luar pejabat. Ketika ini, sangat terkantoi kerana mood bermesyuarat dan berjumpa dengan rakan-rakan dari negeri lain.

Apabila bermesyuarat, memang banyak "take five" untuk mengelak kepenatan, kebosasan, kemengantukan dan sebagainya. Ketika itu, jumlah kawalan merokok menjadi merosot. Mula-mula mintak kawan tetapi bila selalu segan pula hendak minta. Terpaksa beli sekotak! Untuk mengelak dari banyak merokok di rumah, memang rokok tersebut ditinggalkan di hotel. Ia khas untuk masa mesyuarat sahaja!

Diharap selepas ini, semangat untuk berhenti kembali kuat dan mampu bertahan.  Kadang kala apabila tidak berjaya dalam masa yang lama, itu yang menjadikan kita mengalah dan terus kembali kepada merokok tegar.

Setakat kini, Sop berpuas hati walaupun tidak berjaya berhenti lagi tetapi jumlah dapat dikurangkan dengan banyak.

Terima kasih kerana membaca entry tentang Tak Nak ini. :)


EmoticonEmoticon