05 March 2012

Tak Nak: Rumusan hari pertama

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Semoga sihat sejahtera selalu :)

Ini adalah laporan Tak Nak Merokok bagi hari pertama. Jika tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Tak Nak, sila rujuk entry ini.

Alhamdulillah, Sop menerima sokongan ramai rakan blogger tentang percubaan Sop untuk berhenti merokok. Tadi rakan-rakan juga pelik kerana Sop tidak membawa rokok seperti biasa. Malah Sop ada maklumkan kepada rakan kaki merokok di pejabat tentang niat Sop.

Proses berhenti merokok adalah memberangsangkan untuk hari pertama. Pada pagi, bermula dengan kurang baik kerana pada sebelah pagi Sop telah mula merokok sebanyak 2 batang. Sebatang pada awal pagi, kemudian pada minum pagi di pejabat. Rokok yang ketiga adalah pada waktu makan tengah hari. Manakala rokok ke 4 pada sebelah petang bersama rakan pejabat. Rokok ke lima pada waktu balik kerja dan rokok terakhir adalah pada malam tadi.

Banyak juga dugaan menahan keinginan merokok kerana kebiasaan satu hari Sop akan merokok dalam lingkungan 15 - 20 batang sehari. Apabila jumlah turun kepada 6 batang, ia adalah percapaian yang sangat baik untuk hari pertama. Keinginan akan membuak-buat apabila selepas waktu makan atau minum, waktu menunggu, waktu masa sempang, berehat dan sebagainya. Nasib baik rokok tiada dalam poket dan cuba halang dari ke kedai untuk membeli rokok.

Untuk esok, harapan tidak terlalu tinggi kerana hari ini pencapaian telah tinggi. Oleh itu, KPI yang diletakkan untuk esok ialah 5 batang rokok yang akan Sop isap. Adakah Sop berjaya mencapai KPI tersebut?

Nantikan laporannya esok :)


EmoticonEmoticon