13 February 2012

Selamat Ulang Tahun 5 Kelahiran Azwar

Salam 1Malaysia semua rakan.

Hari ini ulang tahun Azwar yang ke 5. Terlupa hendak ucap kepada beliau pagi tadi. Kena ucap kat blog la dulu, balik kerja nanti baru wish.

Hadiah? Biasa tidak beli pun kerana selalu sangat dah beli macam-macam. Sekarang kalau hendak minta hadiah, benda-benda berkaitan pelajaran boleh dipertimbangkan. Kalau mainan? Rejek awal-awal. Hehehe

Macam tidak sedar masa berlalu cepat. Bila lihat gambar anak-anak kecik, macam tidak sangka sekarang sudah bertahun-tahun :)

Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin




EmoticonEmoticon