Restoran Asam Pedas D Santap, Danau Kota
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Sudah makan? Jika belum, boleh singgah ke restoran D'Santap yang terletak di Danau Kota. Ia berada betul-betul tepi jalan Genting Kelang dan bersebelahan dengan pusat golf.
Sop dan keluarga baru pertama kali singgah walaupun telah banyak kali bercadang untuk mencuba.
Menu utama mestilah asam pedas tetapi terdapat menu lain juga disediakan. Hari ini Sop mencuba asam pedas ikan merah. Rasanya memang pekat dan pedas berapi. Nama pun asam pedas, mesti pedas bukan?
Terdapat banyak jenis lauk asam pedas disediakan seperti ikan kembung, pari, keli, ayam, daging dan sebagainya. Kos bagi set asam pedas ikan merah ialah RM10. Set asam pedas terdiri dari nasi, ulam dan asam pedas. Walaupun RM10 tetapi kuantiti asam pedas disediakan adalah banyak. Memang berbaloi dengan harga RM10 tersebut. Bagi ikan kembung, pari atau ayam, harga set asam pedas lebih murah.
Satu lagi, kami memesan set nasi ayam panggang yang berharga RM5 sahaja. Nasi ayam seperti biasa tetapi dihidang dengan ayam panggang. Rasa amat menyelerakan.
Sekiranya anda tidak berminat untuk makan asam pedas, menu masakan panas ada disediakan. Anda boleh memesan makanan ala thai atau sebagainya.
Sekiranya anda lalu di kawasan ini, jangan lupa untuk singgah dan mencubanya :)
EmoticonEmoticon