24 February 2012

Kenapa perlu merancang penulisan blog?

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Menulis blog adalah suatu kepuasan. Perkongsian maklumat, cerita, peristiwa, berita dan sebagainya diharap dapat memberi manfaat kepada pembaca blog. Penulis blog yang baik sentiasa berkongsi sesuatu yang baik.

Kenapa perlu merancang menulis blog?
Adalah penting untuk merancang menulis blog kerana dengan merancang, anda mampu mendapat kelebihan sebagai blogger seperti berikut:

Mendapat idea yang berterusan
Idea tidak seperti sungai yang sentiasa mengalir. Ada kalanya mencurah-curah idea penulisan tetapi kadang-kala kering kontang. Tiada apa yang hendak ditulis, blank! Dengan merancang penulisan, idea yang mencurah-curah boleh diagih-agih untuk setiap penulisan. Masalah kekeringan idea dapat diatasi.

Boleh berkongsi penulisan setiap hari
Berbeza dengan penulisan spontan, jika anda mempunyai idea bolehlah menulis tetapi jika tiada? Pasti tiada entry blog untuk blog hari tersebut. Dengan merancang penulisan blog, sekurang-kurangnya satu entry boleh dipublish satu hari untuk memastikan pengunjung boleh membaca entry baru setiap hari. Anda perlu menganggap pelawat akan singgah setiap hari ke blog anda (walaupun tiada, hahaha).

Mengelak entry bertindan

Sekiranya tiada perancangan, pasti terdapat entry atau maklumat yang dikongsi bertindan. Ayat yang diguna akan bercampur aduk dan sebagainya. Ia boleh manjadikan penulisan lebih kemas dan tersusun.

Mendapat trafik pada iklan kemuncak
Disamping menulis untuk kepuasan, blogger mampu menjana pendapatan melalui penulisan. Kebiasaan iklan Nuffnang akan refresh pada waktu-waktu tertentu seperti jam 12.00 malam. Dengan merancang penulisan, anda boleh membuat publish pada waktu-waktu tertentu. Selain itu, kita boleh membuat target bila masa bilangan pelawat yang tinggi. Contohnya waktu Magrib atau Subuh, pasti kurang pelawat. Waktu-waktu kemuncak sesuai untuk membuat ping atau share entry juga.

Itu sahaja yang boleh dikongsi buat masa ini. Maklumat lain, mungkin boleh rakan-rakan kongsi melalui ruangan komen.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon