Status: Berada di Bukit Gambang Resort City
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan kaum Cina.
Sedikit kemaskini status Sop yang mana sekarang ini berada di Bukit Gambang Resort City untuk bercuti.
Telah membuat entry semalam tetapi gagal untuk dipublish kerana masalah internet. WiFi hanya terdapat di loby resort dan DiGi internet hanya berstatus GPRS dengan kelajuan tahap gaban (slow). Memang tidak berjaya membuat upload gambar walaupun melalui Galaxy Tab. Membaca status FB atau Twitter juga tidak berjaya kerana hilang sabar menunggu loading. Tidak sanggup untuk tunggu! Hehehe
Kepada rakan-rakan yang singgah, terima kasih diucapkan. Entry penuh mengenai percutian di Bukit Gambang Resort City akan dibuat selepas kembali ke Kuala Lumpur nanti. Nantikan yer!
EmoticonEmoticon