24 January 2012

Perjalanan ke Bukit Gambang Resort City

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Selamat bercuti dan berehat.

Pada hari Sabtu, Sop dan keluarga memulakan perjalanan ke Bukit Gambang Resort City pada jam 12.00 tengah hari. Ini adalah kali pertama kami ke sana. Agak lama bercadang ke sana tetapi kali ini baru berkesempatan.

Anda sudah pergi?
Sop percaya ramai rakan yang telah sampai kerana ia telah dibuka agak lama. Tarikan utama ialah Taman Tem Air Bukit Gambang. Bukit Gambang Resort City (BGRC) biasa dijadikan tempat untuk menginap untuk ke taman tema air tersebut.

Jika dari Kuala Lumpur, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam melalui lebuhraya. Agak mudah untuk ke Bukit Gambang ini. Hanya terus menggunakan MTD dab ambil exit Gambang. Selepas keluar tol, terus sehingga jumpa simpat empat. Di lampu insyarat tersebut, belok kanan dan terus sahaja. Dari situ, lebih kurang 7 km akan berjumpa simpang untuk ke Bukit Gambang Resort City. Taman Tema Air Bukit Gambang pula tidak jauh dari situ yang mana ia adalah laluan sama.

Anda tidak perlu risau kerana papan tanda ke BGRC sentiasa dipaparkan dari simpang 4 tersebut.
Perjalanan kami pada hari Sabtu tersebut agak perlahan dari Tol Gombak lagi. Setiap hentian dipenuhi dengan pengguna lebuhraya. Maklum sahaja cuti Tahun Baru Cina, ramai yang bercuti.
Kami tiba di BGRC pada jam 4.30 petang.

Ikuti entry mengenai BGRC dalam entry seterusnya.




EmoticonEmoticon