Jamuan akhir tahun prasekolah Azfar
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Semoga gembira sokmo! :)
Pejam celik, pejam celik sudah setahun Azfar bersekolah. Rasa macam baru sahaja daftar Azfar di kelas pra sekolah. Masa berlalu begitu pantas. Oleh sebab itu, jika kita lambat, pasti akan ketinggalan.
Pertamanya Sop mengucapkan tahniah kepada cikgu pra SK Taman Seri Rampai kerana berjaya mengadakan jamuan akhir tahun dengan mampu menjemput ibubapa sekali. Bukan mudah dan memerlukan kos yang banyak.
Keduanya, ucapan terima kasih kepada guru pra, ustazah pra dan pembantu pengurusan murid pra kerana telah mendidik Azfar sepanjang setahun sesi persekolahan. Banyak perkembangan yang dapat dilihat pada Azfar. Sekarang Azfar boleh menulis, mengeja dan membaca ayat-ayat mudah.
Sop juga berbangga dengan Azfar yang sanfat rajin ke sekolah. Tidak pernah lagi dia meragam tidak mahu ke sekolah. Terdapat beberapa hari tidak ke sekolah hanya kerana demam. Perkembangan yang sangat baik dan juga menunjukan Azfar seronok untuk ke sekolah.
Tahun depan, Azfar akan ke kelas pra lagi kerana tahun depan baru berusia 6 tahun. Ini bermakna akan berjumpa lagi dengan cikgu pra tersebut. Namun begitu, rakan-rakan pra akan bertukar kerana semua murid pra tahun ini akan ke tahun 1. Hanya Azfar yang berusia 5 tahun.
Esok majlis konvokesyen pra sekolah Azfar malangnya Sop tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Hanya Mrs Sop yang akan hadir ke majlis tersebut. Azfar juga akan mengadakan persembahan dalam majlis tersebut esok. Harap tahun depan Sop dapat menghadiri majlis yang sama (jika ada).
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon