03 November 2011

Misi pecahkan gelembung melecur

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga semua sihat sejahtera sentiasa.

Entry ini berkaitan dengan peha Sop yang melecur akibat coolant panas dalam entry sebelum ini.

Setelah sehari, kesan melecur semakin besar gelembung dan air bisa semakin bertambah. Bila berjalan, dapat rasakan air tersebut bergerak-gerak. Dengan menggunakan mata pisau tajam, Sop mula pecahkan gelembung tersebut. Jumlah air bisa keluar lebih kurang dalam satu gelas. Sop hanya membuat lubang kecil sahaja dan jika dibuang terus pasti akan terasa pedihnya. Kulit yang melecur tersebut dibiarkan sahaja.

Tadi semasa mengambil baju anak, tersangkut pula tempat melecur tersebut pada katil. Sedikit kulit melecur terkoyak, dan kesannya pedih mula terasa. Bila pakai seluar akan terkena dan terasa pedihnya. Bila mandi, lagi terasa pedihnya apabila terkena air. Itu batu sedikit yang terkoyak, jika banyak pasti lebih teruk.

Hari ini, Sop berada sepenuhnya di rumah dan berehat. Badan mula rasa hendak demam.

Untuk baik luka ini, Sop rasa akan masa 2 atau 3 minggu. Semoga akan lebih cepat sembuh dengan doa rakan-rakan. Amin.

Terima kasih kerana membaca entry ini. :)



EmoticonEmoticon