07 September 2011

Malu bekerja di restoran mamak


Apa agaknya hendak dimalukan?
Yang penting rezeki halal.
Di Restoran Pelita, Kuala Lumpur Sop lihat ramai pekerja Melayu yang bekerja. Semoga ia bukan sahaja memberi peluang pekerjaan tetapi juga pengalaman yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan sendiri. Belajar bagaimana restoran mamak boleh maju!

Komen Sop: Pernah bekerja macam-macam untuk cari rezeki dan pengalaman :)


BUTTERWORTH – Walaupun gaji yang ditawarkan mencecah RM2,500 sebulan, kempen tawaran kerja di restoran mamak anjuran Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) sejak awal tahun lalu didakwa menerima sambutan dingin di kalangan rakyat tempatan.

Presma mendakwa, daripada 25,000 kerja kosong ditawarkan melibatkan pelbagai bidang tugas, hanya 200 orang rakyat tempatan mengemukakan permohonan.

Timbalan Presiden Presma, K.K. Sihabutheen berkata, kempen bermula pada 27 Februari tahun lalu itu melibatkan lebih 2,000 restoran seluruh negara yang merupakan ahli Presma termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Jelasnya, antara jawatan yang ditawarkan ialah pembantu kedai dengan gaji RM800 hingga RM1,200 sebulan, juruwang (RM1,000 hingga RM1,300) serta penyelia dan tukang masak (RM1,500 hingga RM2,500).


EmoticonEmoticon