Refleksi puasa hari ke 4 tahun 2011
Selesai sudah puasa hari ke 4. Hari ini Sop sekali lagi bersahur di hotel. Menu sahur hanya menjamah bubur nasi dan kek sahaja walaupun lauk nasi ada banyak disediakan oleh hotel. Mungkin masih kenyang kerana makan terlalu banyak semasa berbuka.
Mesyuarat habis pada tengah hari. Selepas check out, Sop terus balik ke rumah. Pada sebelah petang hendak mengambil Mrs Sop tetapi hujan lebat pula. Perjalanan Sop tersangkut di bawah jambatan. Agak lama juga menunggu untuk hujan berhenti akhirnya keputusan diambil redah sahaja apabila telah reda sedikit.
Hari ini sempat singgah juga ke pasar Ramadan Setapak Jaya. Oleh kerana agak lewat, banyak gerai yang telah membuat lelongan menghabiskan jualan. Lagipun apabila hujan, pengunjung sedikit berkurangan. Air yang dijual dengan RM 2 sebungkus diberi diskaun RM3 untuk 2 bungkus. Begitu juga dengan makanan-makanan lain.
Hari ini peniaga bunga api tiada di pasar Ramadan. Mungkin kerana hujan, mereka tidak dapat berniaga. Sop ingat hendak beli untuk Azfar dan Azwar yang sibuk hendak bermain bunga api.
Malam tadi dapat berterawikh di masjid. Azfar dan Azwar ikut serta. Kesilapan meletak dibarisan kanak-kanak yang cergas menjadikan Azwar turut cergas. Berbeza dengan malam sebelum ini, beliau mula turut berlari-lari juga. Habis solat Terawikh lapan rakaat, kena pengajaran dua tiga das sebagai pengajaran. Harap tidak akan buat lagi pada masa hadapan.

Thank you so much for this wonderful Post and all the best for your future. I happily found this website eventually. Informative and inoperative. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.
ReplyDelete