17 August 2011

Refleksi puasa hari ke 16 dan 17

Salam Ramadan kepada semua.
Semoga hari ini semua berjalan dengan lancar.

Masih bersemangat solat Terawikh?
Maklum sahaja selepas 15 hari berpuasa, promosi Raya telah bermula. Radio-radio pun mula memainkan lagu Raya sahaja. Dengan itu juga, ramai yang mula sibuk membuat persiapan Raya. Ramadan mula tergugat.

Untuk puasa hari ke 16 dan 17, semua berjalan dengan lancar. Masih gembira dengan Ramadan dan mood Raya belum lagi berkobar-kobar. Petang tadi sempat singgah ke Carefour Wangsa Maju untuk ronda-ronda kerana Sop bercuti hari ini. Sempat belikan baju kurung dan tudung untuk mak di kampung.

Semalam berbuka puasa di rumah mertua dan hari ini, Sop berbuka di rumah. Mrs Sop ada ajak berbuka di luar tetapi apabila fikirkan keadaan Azfar dan Azwar (anak Sop) yang jenis tidak duduk diam, hajat tersebut dibatalkan. Lagi pun jika berbuka di kedai, agak kelam kabut nanti untuk balik untuk ke masjid.

Malam tadi, sekali lagi selipar hilang di masjid. Ini adalah kali kedua untuk Ramadan tahun ini selipar Sop hilang. Hendak kata selipar mahal, hanya selipar Jepun. Mungkin ada yang pinjam untuk ke tandas, lama menunggu tidak juga muncul-muncul. Akhirnya balik ke rumah berkaki ayam. Dugaan di bulan Ramadan sunnguh... :) Selepas ini kena sorok pula selipar untuk mengelak dari 'dipinjam'. Alhamdulillah, di masjid Setapak Jaya ini masih ramai jemaah yang hadir.

Malam ini sempat buka laptop dan dapat blogwalking ke blog rakan-rakan laju-laju.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entry ini. :)


EmoticonEmoticon