24 August 2011

Mesej shoutbox pilihan @ RH - Syahidah

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
"Wahai diriku.... bukan puasa jika masih berkata-kata kotor, tak bernilai apa-apa membaca al-Qur'an jika tidak merenungkan maknanya. Baarokallaah

Petikan mesej yang disampaikan oleh rakan Syahidah di ruangan Shoutbox Riwayat Hariku.

Pada mula terbaca mesej tersebut, Sop agak pelik kerana susah hendak mendapat mesej seperti itu. Peringatan yang baik untuk semua rakan-rakan Islam.

Bagi Sop cara yang baik untuk kita berpesan-pesan atau berdakwah kepada rakan blogger. Biasa Sop hanya tinggalkan link dengan harapan mendapat lawatan balas dari rakan blogger. Kadang-kala meninggalkan ucapan dan berborak-borak sahaja. Tidak pernah lagi meninggalkan mesej secara untuk berpesan-pesan sesuatu yang baik.

Terima kasih kepada Syahidah atau pesanan tersebut.

Rakan-rakan blogger, sambil kita mencai trafik melalui Shoutbox, adalah baik sama-sama berpesan-pesan sesuatu yang baik untuk semua. Disamping mendapat pelawat, dapat juga pahala. Semoga ia memberi lebih keberkatan lagi dalam dunia berblog.


Siapa Syahidah?
Laman blog yang boleh dilawati melalui link http://www.syahidah.co.vu/
Ia berkongsi pelbagai artikel menarik. Kebanyakan artikel adalah kategori keagamaan.
Template yang digunakan juga menarik dan ringkas.

Jika belum pernah singgah ke blog http://www.syahidah.co.vu/, apa kata lawat sekarang. Terdapat banyak artikel yang sedang menanti anda :)


EmoticonEmoticon