25 August 2011

Mesej shoutbox pilihan @ RH - oleh EL

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
Bagaimana puasa hari ini? Semoga berjalan dengan lancar dan tak ada yang ponteng-ponteng yer... Hahahaha

Mesej pilihan Shoutbox @ Riwayat Hariku hari ini memilih mesej dari EL seperti berikut:

el singgah. hujan xberenti kat sini sop, rumah dah masuk air :)

Beliau memaklumkan yang hujan sedang lebat di kawasan rumah beliau dan air banjir sedang naik. Dikala rakan-rakan lain sedang sibuk membuat persiapan raya, beliau sibuk membuat persiapan banjir. Sop bersimpati dengan EL yang mungkin akan beraya dalam banjir atau sebaliknya. Sama-sama kita berdoa agar cuaca di sana kembali pulih dan baik.

Dulu pernah juga Sop melalui raya musim hujan. Maklum sahaja, hari raya bergerak-gerak dari setahun-kesetahun. Masa tu raya di bulan Disember yang mana di Pantai Timur adalah musim tengkujuh. Apabila musim tengkujuh, hujan akan turun dengan banyak dan tidak henti-henti. Terdapat kampung yang mengalami banjir.

Masa tu Sop masih kecil lagi. Kemeriah raya memang kurang kerana tidak dapat pergi beraya. Apabila tidak beraya, kurang mendapat duit raya. Masa kecil dulu, beraya adalah masa untuk mengumpul duit. Biasanya boleh dapat RM 30 - RM 50. Dimasa musim hujan, hendak beraya bukan sahaja hujan, malah kampung juga becak. Biasanya kasut raya akan penuh lumpur dan kotor. Penduduk kampung pun banyak berada di rumah dan hanya menonton TV sahaja.

Kepada EL, harap bersabar kerana walaupun hujan atau banjir, raya tetap raya. Cuma beza antara kemeriahan kunjung mengunjung akan berkurangan. Elok juga sediakan baju hujan sebagai baju raya. Boleh juga pergi beraya jika hujan tidak berhenti... Hahahaha (Joking)

Kami semua mendoakan agar hujan akan berhenti dan tidak banjir di kampung EL.
Rakan-rakan yang ingin melihat rumah EL dinaiki air, jom singga di blog beliau link http://azelara.blogspot.com/

gambar dari entry EL

Banyak lagi gambar di blog beliau


EmoticonEmoticon