14 August 2011

Kasut Asadi setaraf dengan Crocs?

Salam 1 Malaysia semua.

Kasut Crocs sememangnya dikenali ramai. Pada awal pengenalan di Malaysia, rata-rata mula memakainya. Oleh kerana harga yang mahal, ramai juga yang mendapatkan Crocs tiruan. Sekarang ini, kasut Crocs kelihatan kurang yang diciplak. Mungkin ia kurang mendapat sambutan atau musim telah habis.

Semasa kasut Crocs menjadi kegilaan ramai, jenama Asadi turut mengeluar kasut seperti material Crocs. Design tidak secanggih Crocs tepapi harga jauh lebih murah. Sop lihat ramai juga yang memakai kasut Asadi ini.

Sop selepas dua kali kehilangan kasut Crocs (yang dicuri depan rumah mertua), tidak lagi mendapatkan yang terbaru. Walaupun beberapa kali singgah ke kedai Crocs tetapi tidak berhajat untuk mendapatkannya. Design terkini Crocs sangat menarik! Namun begitu, harga juga menarik! Hahaha

Semalam ke Jaya Jusco meronda dan terserempak dengan kasut Asadi yang material seperti Crocs. Design Asadi sekarang juga mantap dan menarik. Walaupun agak jauh untuk dibandingkan dengan Crocs tetapi harga sangat berpatuan dan paling penting ialah buatan Malaysia. Disamping berjimat, kita boleh support barangan buatan Malaysia.

Oleh kerana selipar yang digunakan agak lama, tiba masanya Sop beli selipar baru. Apa lagi, sambarlah satu selipar Asadi. Boleh buat raya nih! hahahaha

Nota kaki: Entry ini tidak ditaja oleh Asadi, hanya untuk berkongsi :)

Galeri gambar:



2 comments:

  1. Mana nak cari said beast 48

    ReplyDelete
    Replies
    1. try outlet asadi seperti senarai berikut:
      http://www.asadi.com.my/welcome/find-a-store/

      Delete


EmoticonEmoticon