BISON - Minuman tenaga
Sop sekeluarga baru sahaja balik dari Uptown Danau Kota untuk meronda selepas sesi menonton wayang filem Captain America di Wangsa Walk.
Malam minggu, Uptown dipenuhi dengan pengunjung sehingga jalan raya sesak teruk. Mencari parking seperti mencari duit syiling yang jatuh dalal semak kerana terpaksa mrngharapkan ada pengunjung hendak balik.
Setelah mendapat parking, kami hanya sempat meronda ke gerai-gerai tertentu sahaja. Pengunjung yang terlalu ramai menyukarkan untuk bergerak.
Malam ini Sop hanya beli Air Tenaga Bison keluaran Arab. Sop suka dengan minuman ini kerana rasanya yang menarik. Tidak seperti minuman tenaga dari Malaysia yang mana rasanya lebih masam dan sedap.
Anda selalu minum?
Selain Uptown, dimana lagi boleh dapat minuman ini?
Sop tahu kat Uptown sahaja. Huhuhuhu
Posted via Galaxy Tab
EmoticonEmoticon