Motosikal elektrik pertama Malaysia
Siapa hendak berjimat, boleh sangat menggunakan motosikal ini. Kalau sebagai motosikal ke suaru atau masjid, pasar atau hantar anak ke sekolah bagus juga ini. Mat rempit comfirm tak beli sebab tidak boleh merempit. Huhihu
Komen Sop: Bagus juga kalau boleh pergi test drive nih :)
SHAH ALAM - Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar motosikal tempatan yang berjaya memperkenalkan sebuah motosikal elektrik pertama di negara ini melalui pelancaran Modenas CTric.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail (gambar) berkata, kenderaan yang berkuasa elektrik sepenuhnya itu dilengkapi lima unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano sebagai tenaga penggerak.
Menurutnya, bateri dengan jangka hayat sebanyak 500 kitaran itu mempunyai nilai pembelian semula dan penggunaan kuasa elektrik sebanyak satu sen bagi setiap kilometer.
"Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam (km/j), motosikal CTric berasaskan teknologi hijau ini berupaya mencapai jarak sejauh 60 kilometer pada setiap cas penuh.
"Kenderaan ini amat praktikal serta sesuai bagi mereka yang bergerak dalam radius 30 hingga 50 kilometer sehari," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran motosikal Modenas CTric di sini semalam. -Kosmo
Posted via Galaxy Tab
EmoticonEmoticon