29 June 2011

Jaga kesihatan bermula dari muda


Apabila bersama golongan yang melebihi umur 40 tahun, aspek yang selalu dibincangkan ialah tentang kesihatan. Ini kerana pada umur tersebut, tahap kesihatan semakin kurang baik dan penyakit mula menjenguk. Antara penyakit yang sering diperkatakan ialah kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Pelbagai jenis ubat-ubatan diamalkan sama ada tradisional atau juga moden. Rakan-rakan akan memperkenalkan jenis-jenis yang baik untuk diamalkan berdasarkan pengalaman sendiri dan pendapat orang lain. Ketika ini, wang ringgit bukan lagi menjadi persoalan kerana kesihatan adalah perkara utama.

Kesedaran tentang kesihatan perlu diterap sejak muda. Ia perlu dijaga dari awal dengan menekankan cara hidup yang sihat seperti pemakanan dan bersenam. Pada peringkat umur muda, kita boleh makan apa sahaja tanpa perlu risau tentang kesihatan. Begitu juga dengan bersenam yang sering diabaikan keraba sibuk dengan tugasan serta kehidupan seharian.

Sekiranya kita telah mengamalkan cara hidup yang sihat dari awal, tahap kesihatan adalah lebih baik. Kita mampu mengelak banyak jenis penyakit pada peringkat umur 40 tahun ke atas. Malah, kita tidak menghadapi kesukaran untuk kekal aktif pada umur tersebut.

Apa yang kurang pada Sop sekarang ialah bersenam. Kadang kala risau juga kerana jika tidak diamalkan dari awal, lebih sukar untuk mulakan pada masa hadapan.

Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan pemakanan yang sihat. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat. (Pesanan kesihatan ini dibawa khas olrh bloh RH)



Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon