02 May 2011

The Legend Water Chalet, Port Dickson

Ini adalah sambungan kepada entry percutian kami ke Port Dickson sempena cuti Hari Pekerja. Oleh kerana Sop adalah pekerja, cuti yang diberikan perlu diguna sebaiknya. [huhuhuhu]


Sebelum daftar masuk, kami terlebih dahulu telah ke Pantai Tanjung Biru untuk berkelah. Ikuti aktiviti kami berada di Pantai Tanjung Biru dalam entry sebelum ini.

Kami mula ke tempat penginapan pada jam 2.00 petang. Oleh kerana jalan yang sesak di beberapa kawasan utama seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Cahaya, kami tiba di The Legend Water Chalet pada jam 3.00 petang. Selepas urusan daftar masuk selesai, kami masuk ke bilik.

The Legend memiliki dua jenis penginapan iaitu The Legend Water Chalet dan The Legend Water Home. The Legend Water Home ini yang selalu menjadi sebutan yang mana chalet berada di dalam air. Malah terdapat kemudahan lain yang istimewa iaitu kolam di dalam chalet tersebut.

The Legend Water Chalet menyediakan beberapa kemudahan yang baik seperti kolam, gym, pusat permainan, WiFi dan lain-lain lagi. Malah bilik yang disediakan juga memuaskan dengan tema yang sangat menarik. Berbeza dengan hotel lain ialah apabila mula masuk bilik akan melalui bilik mandi dahulu sebelum ke katil.

Selepas berehat-berehat, pada petang tersebut kami sempat pusing-pusing sekitar hotel dan sempat meronda di The Legend Water Home. Kami check out pada hari berikutnya pada jam 11.30 pagi. Sebelum check out, kami sempat layan mandi manda di kolam renang pada pagi tersebut.

Galeri gambar:

























EmoticonEmoticon