01 April 2011

Pusat karaoke Seri Rampai



Agak busy sungguh dua tiga hari ini sehingga tidak sempat untuk menulis blog. Kebelakangan ini hanya sempat ulas berita utama sahaja. Ingin menulis tetapi tidak kesempatan. Bila malam, memang kepenatan dan terpaksa tidur awal. Aktiviti blogwalking hanya sempat ke beberapa blog untuk membalas jejak.

Kembali kepada tajuk entry, penat-penat mungkin best juga layan karaoke kan?

Boleh hilangkan penat seharian bekerja dan melepaskan tekanan. Setiap pusat-pusat kataoke Sop lihat penuh dengan pengunjung. Ada yang datang secara berkumpulan dan ada juga secara berpasangan. Pusat karaoke di Wangsa Walk contohnya sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Ada pusat yang siap perlu mengambil nombor giliran untuk berkaraoke.

Pusat Karaoke Seri Rampai masih baru dibuka. Ia terletak berhampiran dengan perumahan Taman Seri Rampai. Sebelum ini, kedai tersebut ialah restoran tetapi mungkin tidak maju ia telah ditutup. Kini, menjadi pusat karaoke bagaimana pula? Sama-sama kita lihat.

Setakat kini, rasanya masih belum dipenuhi pengunjung kot. Tetapi dari luar, kelihatan tempat ini sangat hebat. Design dan bentuk kedai adalah menarik. Sop tidak pernah lagi masuk dan mencuba pusat ini kerana Sop seorang yang tidak suka menyanyi. Rakan-rakan yang pernah singgah, mungkin boleh berkongsi maklumat tersebut.

Nota kaki: Sop biasa menyanyi dalam hati jer. Hihuhuhu

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon