Menjadi blogger yang terhebat?
Gambar hiasan |
Rasanya semua ingin menjadi blogger hebatkan? [Ada juga yang malu-malu kucing hendak mengaku tu..:)]
Pada pendapat Sop, semua blogger adalah hebat.
Kenapa Sop?
Apabila mempunyai blog, anda telah hebat dari rakan-rakan yang tidak mempunyai blog. Bukan semua mampu membina blog sendiri. Apabila Sop bercerita dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai blog, kebanyakkan ramai yang ingin membina tetapi ada yang tidak tahu, tidak kesempatan dan sebagai. Oleh itu, anda sebagai blogger adalah hebat.
Anda juga hebat apabila mempunyai entry. Bukan semua blogger yang membina blog mampu membuat entry! Pada peringkat awal Sop membuat blog, langsung tidak tahu apa yang hendak ditulis. Beberapa kali Sop bina dan padam. Masih ingat pada masa itu baru-baru blog diperkenalkan. Ramai yang telah mula menulis tetapi Sop hanya bina 1 entry sahaja iaitu 'blog Sop telah dibina". Huhuhu.. malu pula bila bercerita. :)
Selain itu, blogger hebat juga apabila tahu mencari traffic. Bukan mudah untuk mendapatkan traffic walaupun hanya seorang pelawat. Bayangkan di dunia ini ada berapa banyak blogger yang dibina. Bagaimana pelawat boleh datang ke blog anda? Apabila anda tahu bagaimana sumber traffic boleh dicari, anda adalah seorang blogger yang hebat. Bukan semua tahu traffic boleh hadir dari blogwalking, ping entry, injin carian, komen, forum dan sebagainya.
Pada pendapat Sop, anda juga seorang blogger yang hebat apabila mula berusaha menjana pendapatan dari blog. Tidak kira hasil sedikit atau banyak tetapi usaha ke arah tersebut menjadikan anda selangkah ke hadapan. Mungkin pendapatan bukan perkara utama tetapi ia mampu menjadi motivasi yang terbaik untuk berblog. Jika anda mampu menjadi kaya dengan blog, anda lagi hebat!
Apa yang membezakan antara blogger hebat dan terhebat adalah usaha. Untuk menjadi hebat, kita perlu berusaha ke arah tersebut. Sop juga ingin menjadi yang terhebat tetapi usaha masih kurang hebat. Kadang kala cemburu juga dengan blogger-blogger yang hebat kerana mampu mengurus blog dengan baik.
Apa tunggu lagi, jom hebatkan usaha berblog untuk menjadi blogger yang hebat.
[Pesanan ikhlas dari Riwayat Hariku]
EmoticonEmoticon