01 January 2011

Review HTC Aria: Fungsi blogger

Selain dari fungsi-fungsi asas, HTC Aria sangat sesuai untuk kegunaan blogger. Ia telah sedia terpasang perisian yang boleh digunakan untuk blogging. Antara aktiviti blogging yang boleh digunakan menggunakan HTC Aria ialah melawat blog dan membuat entry.

Untuk melawat blog, HTC Aria mampu memamparkan sebuah blog dalam keadaan yang sempurna iaitu sama seperti paparan komputer. Ia mampu membuka laman blog dengan pantas berdasarkan kelajuan internet. Oleh itu, anda boleh melakukan aktiviti blogwalking dengan mudah dan boleh meninggalkan komen atau mesej di shoutbox.

Selain itu, live blogging boleh dilakukan dengan HTC Aria. Ia boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu:

  • MMS - menghantar MMS terus ke blog anda dan akan dimasukkan ke dalam entry. Blogger.com support semua jenis MMS. Kadang-kadang, Sop selalu menggunakan cara ini.
  • Emel - boleh jadikan emel sebagai entry iaitu menghantar emel dari HTC Aria. Ini yang selalu Sop gunakan melalui HTC Aria untuk menghantar entry.
  • Laman blogger - boleh melawat terus ke laman blogger.com dan membuat entry terus di ruangan compose. Paparan dan penggunaan adalah sama seperti komputer.
Pengguna boleh memilih cara yang sesuai dan mudah. 
Aktiviti live blogging sangat menarik kerana ia dapat dikemaskini dengan cepat dan kerap. Malah, cerita yang hendak dikongsi masih segar dan anda mampu menulis dengan baik.

Apa yang selalu Sop lakukan semasa live blogging ialah rakam gambar, terus membuat entry dan terus hantar ke blog.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon