03 December 2010

Lawat Hong Kong: Tempat penginapan kami

Entry sebelum ini ialah mengenai perjalanan kami dari Macau ke Hong Kong menggunakan feri. Selepas sampai ke Hong Kong, kami terus ke tempat penginapan kami yang di tempah.

Semasa peringkat awal, kami telah menempah Ramada Hotel tetapi pada peringkat akhir telah menukar ke Golden Crown Guest House. Ini kerana guest house ini lebih dekat dengan stesyen MTR dan kawasan ini dekat dengan masjid. Apabila dekat dengan masjid, bermakna banyak makanan Islam.. Betul tak? Dengan menukar tempat penginapan ini juga, kami boleh berjimat separuh dari kos asal.

Berdasarkan review dari web dan blog, guest house ini sesuai dengan harganya. Review juga menunjukkan keadaan di sini sesuai untuk disinggah.

Untuk makluman, bilik Golden Crown Guest House kecil sahaja. Ruang lebih kecil dari bilik Tune Hotel iaitu memuatkan 2 katil bujang dan 1 bilik air. Tetapi kami berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan iaitu almari kecil, LCD TV 17", kipas, aircond dan water dispenser (berada di luar bilik). WiFi juga disediakan dengan kelajuan yang memuaskan. Secara keseluruhan, ia sesuai dengan harga yang ditawarkan. Harga penginapan untuk bilik kami ialah HK$350 semalam sahaja.

Sebagai tempat persinggahan, ia tiada masalah langsung. Namun jika anda ingin berehat dan banyak berada di hotel, baik dapatkan hotel kerana lebih selesa.

Di tingkat yang sama, terdapat 2 lagi guest house. Konsep juga sama seperti Golden Crown ini.

Kawasan di bawah guest house ini juga selesa dan terletak di kawasan ramai orang. Terdapat pegawal keselamatan yang berada di bawah depan lift. Oleh itu, kami tidak risau untuk keluar masuk.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Golden Crown Guest House Hong Kong.

Ikuti entry seterusnya kami makan malam di restoran pakistan.

Galeri gambar:



EmoticonEmoticon