02 December 2010

Lawat Hong Kong: Macau ke Hong Kong

Entry sebelum ini, Sop ada menceritakan perjalanan kami dari rumah hingga ke Macau.

Setelah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Macau, kami perlu ke Jeti Macau untuk ke Hong Kong. Untuk ke sana terdapat 2 jenis pengangkutan yang boleh digunakan iaitu bas atau teksi. Jika menggunakan bas, ia lebih murah berbanding teksi tetapi agak leceh. Oleh itu, kami putuskan untuk naik teksi sahaja. Kos pengangkutan teksi dari lapangan terbang jeti ialah HK$ 50 [guna meter]. Perjalanan hanya memakan masa 25 minit sahaja untuk sampai ke jeti.

Di jeti, kami mendapatkan perkhidmatan tiket untuk ke Hong Kong menggunakan feri. Terdapat beberapa syarikat feri dan kami memilih Turbo Jet keang berana ia antara yang paling popular di situ. Kami sangat kagum dengan feri tersebut yang besar dan cantik. Kos untuk ke Hong Kong menggunakan feri ialah HK$142 untuk dewasa dan HK$127 untuk kanak-kanak.

Di jeti tersebut, terdapat juga boleh menggunakan perkhidmatan helikopter untuk ke Hong Kong. Kos lebih tinggi berbanding menggunakan feri. Jika kemampuan, boleh la guna yer.. huhuhu

Keadaan jeti dan feri sangat bersih dan selesa. Kami berlepas dari jeti Macau jam 12.00 tengah hari ke Hong Kong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Walaupun feri besar dan laju, alunan ombak masih terasa. Bagi yang tidak biasa naik bot atau kapal, lebih baik tidur untuk mengelak mabuk laut.

Sampai ke jeti Hong Kong, kami perlu mengambil MTR untuk tempat penginapan kami di Jalan Kowloon. Di stesyen MRT, kami mengambil kad Octopus untuk kegunaan sepanjang berada di Hong Kong. Kami akan banyak menggunakan perkhidmatan pengangkutan MTR sepanjang berada di Hong Kong. Kad Octopus seperti kad Touch & Go, akan potong setiap kreadit apabila digunakan.

Ikuti entry mengenai penginapan dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon